Thursday, September 10, 2009

HEMPEDU BUMI/ AKAR CERITA

Hempedu bumi (Acanthancese/ Andrographia Paniculata) juga dikenali sebagai pokok akar cerita iaitu sejenis pokok yang mudah dijumpai di tanah gambut.

Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.

Hempedu bumi (daunnya) digunakan secara tradisional untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Disamping itu, ianya juga membantu dalam merawat penyakit kencing manis.

(Soure: http://www.mardi.my/bdc/herba/bm/HempeduBumi.html )

Sesuai diambil oleh wanita dan lelaki.

Kandungan produk: 100% hempedu bumi

Pakej : 20 kapsul/ botol

Harga : RM10/ unit (botol)

KAPSUL HERBA KACIP FATIMAH

Kacip Fatimah (Labisa pumila) juga dikenali sebagai Tongkat Ali 'versi wanita'. Kacip Fatimah merupakan sejenis tumbuhan kecil yang berkayu dan berdaun yang boleh ditemui dengan meluas di dalam hutan. Mempunyai daun berukuran lebih kurang 20cm panjang.

Kegunaan tradisional herba ini untuk meningkatkan kecergasan, mengatasi keletihan dan membantu menguatkan sistem reproduktif (sistem peranakan) wanita.

Ianya juga membantu melancarkan perjalanan darah dan membetulkan kitaran haid yang tidak tetap. Herba ini juga membantu mengatasi masalah period pain di kalangan wanita, beberapa masalah berkaitan sistem reproduktif dan juga membantu masalah sembelit.

(Source: http://www.kacipfatimah.net/)

Sesuai diambil oleh wanita dan lelaki.


Kandungan produk: 100% herba kacip Fatimah (dijamin!)
Pakej : 20 kapsul/ botol
Harga : RM10/ unit(botol)

Perhatian: Kacip fatimah mengandungi phytoestrogen dan tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung dan wanita yang sedang period.

KAPSUL HERBA EMAS COTEK

Herba Mas Cotek, (Ficus deltoidea) juga dikenali sebagai herba serapat yang digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit berkaitan sistem saraf.

Orang dahulukala menggunakan herba ini untuk merawat 'sakit perempuan', atau digunakan selepas bersalin. Ia mampu mengecutkan peranakan selepas bersalin, juga membantu menyihatkan peranakan wanita.

Sesuai diambil oleh ibu bersalin mahupun yang belum memiliki anak. Ianya juga digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit kencing manis.



Kandungan produk: 100% herba asli mas cotek (dijamin!)
Pakej : 20 kapsul/ botol
Harga: RM10.00/ unit (botol)